Jun 2, 2015

#10

Tak semudah tu orang akan faham kite even kite kenal dia dari kecil sekali pun belum tentu dia akan fahami kita. Apa yang aku lalui tak sama dengan orang lain lalui, masing masing ada kisah dan cerita sendiri. Bagi aku tiada kawan atau sesiapa yang aku rapat untuk faham. Jadi pandai pandai lah aku jaga hati diri sendiri jangan sampai aku jatuh terluka, berat untuk aku bangun. Cukuplah sekali pengalaman yang menghantui diri sampai skrg, aku cuma nak cakap Allah itu Maha Adil suatu hari nanti segalanya akan terbalas. Mungkin apa yang aku lalui kesilapan yang dulu yang pernah aku buat. Aku terima.


Dulu waktu darah tengah naik, mungkin aku lupa tentang keluarga yang sentiasa ada untuk aku. Tapi sekarang aku sedar keluarga adalah segalanya galanya bagi aku lebih lebih lagi mak. Arwah ayah yang terlalu baik dengan aku tapi segalanya sudah terlambat. Berdirilah di atas kaki sendiri. Usah menyusahi orang lain. Biarlah kawan kau yang pura pura baik dalam dunia ni hilang asalkan bukan keluarga.


Perasaan dalam hati ni dikoyak dirabak diguris. Tapi sabar adalah jalan terbaik. Takkan mampu aku  luahkan pakai mulut A to Z apa yang aku tulis sekarang ni. Sebab org tak akan faham apa yang kite rasa. Kerana "orang akan ingat buruknya kita" dan sampai bilabila pandangan buruk tu takkan padam.



Hati.
20:50pm